Ariffin Ali

Datuk Ariffin bin Ali ialah seorang ahli politik di Malaysia. Beliau pernah menjadi Ahli Majlis Undangan Negeri Sembilan pada 1955 hingga 1959 bagi DUN Jempol. Beliau dilantik pula sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan (ADUN) bagi bagi DUN Ulu Muar pada 1959 hingga 1964 dan bagi DUN Pilah pada 1964 hingga 1969. Semasa menjadi ADUN Pilah, beliau juga dilantik sebagai Yang di-Pertua DUN Negeri Sembilan selama sepenggal.